MISI KORBAN DI ACHEH 1428


Penduduk setempat dan Amal Pahang bersama-sama
menyembelih lembu

Kambing juga turut di korbankan
Penduduk kampung sedang memotong daging untuk diagihkan
kepada penduduk kampung
Sdr Johari Abdul Wahid bergambar dengan pelajar-pelajar
Madrasah Asasun Najah.
Sdr Johari dan Hj Nawi bergambar dengan lembu yang
bakal dikorbankan
Ummat Islam menunaikan solat Aidil Adha di tengah padang

MISI KORBAN DAN BANTUAN DI KEMBOJA 1428

Rombongan Yayasan Amal yang baru tiba dari Malaysia
Ust Fadhil Nor mewakili Amal Pahang sedang menyembelih lembu

pada hari raya aidil adha 1428

Lembu yang berjaya direbahkan oleh penduduk setempat.
Tuan Hj Nasrun dari yayasan amal malaysia cawangan Pahang sedang
menyampaikan bantuan kepada penduduk.
Kaum ibu dan kanak-kanak sedang menerima sumbangan dari
Ust Shahruddin, Timb. Pegarah Amal 2 Pahang

MISI KORBAN DAN BANTUAN DI KEMBOJA 1427




Ust Rosli Abdul Jabbar sedang menyembelih lembu korban
di wilayah kampot
Daging korban yang akan diagihkan kepada penduduk-penduduk islam
di sekitar kampung
Menyampaikan sumbangan kepada seorang guru
Abdul Aziz Kamali ( ALP Amal Pahang ) menggali telaga untuk kemudahan
penduduk berwudhuk
Salah sebuah madrasah islam yang memerlukan bantuan dari ummat islam
seluruh dunia
Bergambar dengan pelajar-pelajar kelas Fardhu Ain.
Di sini kami agihkan muqaddam, buku tulis dan alat-alat tulis
Di bawah rumah inilah tempat anak-anak muslim mempelajari
ilmu-ilmu islam
Sebuah surau yang dibuat daripada kulit kayu dan daun kelapa
Tempat orang islam berwudhuk, kebanyakannya beginilah keadaan
tempat wudhuk mereka

MISI KORBAN DI MINDANAO

PENGARAH YAYASAN AMAL ( CIKGU HUSSIN ISMAIL )BERGAMBAR DENGAN ROMBONGAN DI SEBUAH KAMPUNG DI MINDANAO.TURUT MENYERTAI ROMBONGAN IALAH AZHAN AKADEMI NASYID
PASUKAN PERUBATAN DARI YAYASAN AMAL SIBUK MELAYAN
PENDUDUK YANG MEMERLUKAN RAWATAN
URUSETIA KORBAN MINDANAO MEREBAHKAN LEMBU PERTAMA UNTUK DIKORBANKAN

ROMBONGAN BERGAMBAR DENGAN KANAK-KANAK
DISEBUAH MASJID



PENDUDUK TEMPATAN DATANG UNTUK MENERIMA RAWATAN DARI PASUKAN PERUBATAN YAYASAN AMAL

MISI KORBAN DI NEGERI SABAH DIBAWAH BAYU


KORBAN DILANGSUNGKAN BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT
PADA HARI RAYA AIDIL ADHA
KELIHATAN UST ROSLI DAN UST ZAIDI SEDANG MELAPAH
LEMBU
URUSETIA KORBAN SEDANG MEMBUNGKUS DAGING-DAGING
YANG AKAN DIAGIHKAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG
URUSETIA KORBAN BERGAMBAR DENGAN PENDUDUK SETEMPAT
DIHADAPAN MASJID AL-AMAL

SESSI ZIARAH....SDR JOHARI MENZIARAHI PENDUDUK KAMPUNG

MISI KORBAN KE SELATAN THAILAND 1429H

KEMBARA UKHUWWAH KE SELATAN THAI PADA 20-21NOV 2008
( JAMUAN AQIQAH DAN PENYERAHAN WANG KORBAN )
URUSETIA MISI KORBAN DAN AQIQAH 1429
KE SELATAN THAILAND
PENYEMPURNAAN MENYEMBELIH LEMBU AQIQAH
DI KAMPUNG PULAU KAPAS, NARATHIWAT SELATAN THAILAND

OPERASI MENYEMBELIH SEDANG DIJALANKANMASYARAKAT SETEMPAT BERGOTONG ROYONG MENGURUSKAN
DAGING AQIQAH
PENYERAHAN WANG KORBAN KEPADA PEGAWAI AGAMA
DAERAH NARATHIWAT

Atas tanda prihatin dengan nasib saudara seagama yang sedang menderita,Yayasan Amal Malaysia (Amal)Cawangan Pahang telah melebarkan amal baktinya ke Selatan Thailand,daearah umat Islam yang sedang bergolak.Kumpulan seramai 6 orang diketuai Ustaz Rosli Abdul Jabar telah mengadakan program Kembara Ukhwah pada 21 dan 22 November lalu ke Narathiwat bagi meninjau perkembangan terkini kehidupan umat Islam di Selatan Thai itu yang mengalami berbagai konflik serta tekanan hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Kembara ukhwah pada kali ini juga diadakan bagi menyalurkan sumbangan lembu untuk ibadah korban 1429H di beberapa buah kampung dalam daerah Narathiwat.Dalam kunjungan tersebut rombongan dari AMAL Pahang itu sempat menziarahi 3 buah Pusat Pengajian Islam(Pondok Tradsional) di Kampung Kubang Puyu,Kg Dalam dan Kg Pulau Kapas Narathiwat.

Kembara ukhwah juga turut membuat kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Narathiwat Disana rombongan disambut oleh Ustaz Drs. Abdul Rahman Bulajama bersama beberapa orang pegawai agama.Sesi taklimat perkembangan semasa umat islam di Selatan Thailand juga turut diadakan.Tahun ini merupakan tahun pertama Pihak Urusetia Korban Perdana AMAL Cawangan Pahang melaksanakan Ibadah Korban Di Selatan Thailand. Sebagai permulaan pihak AMAL menyalurkan 3 ekor lembu untuk ibadah korban dan 1 ekor lembu untuk jamuan aqiqah.Menurut Ketua Penyelaras Korban Al-Fadzil Ustaz Rosli b Abdul Jabar yang juga selaku Naib Pengerusi 2 AMAL Cawangan Pahang, tahun ini merupakan tahun ke empat AMAL Pahang menyelaras perlaksanaan Ibadah Korban bagi misi kemanusian.
Pada tahun lepas sebanyak 80 ekor lembu Korban/Aqiqah telah diagihkan kepada umat islam di dalam dan luar negara.Diantara tempat yang telah disempurnakan penyembelihan Lembu Korban ialah di Perkampungan Tradisional Orang Asal kawasan Rompin dan Pekan, Perkampungan Islam Pendalaman Sabah,Pasentren & Asrama Anak Yatim Banda Aceh Indonesia,Negara Kemboja dan Vietnam.Pihak AMAL juga telah menyalurkan lembu untuk jamuan aqiqah di 5 buah tempat perpindahan Mangsa Banjir di beberapa kawasan dalam negeri pahang pada Disember 2007.Menurut beliau, pada tahun ini pihak AMAL Pahang telah meluaskan lagi pengagihan lembu Korban ke Selatan Thailand dan Penempatan Mangsa Perang Di Mindanau Filipina